Pasukan pelayar Ocean Girl UMT raih tempat ketiga RLIR

Pasukan pelayar Ocean Girl UMT raih tempat ketiga RLIR

umt
UMT Sailing Team berjaya rangkul kedudukan ketiga dalam siri kejohanan kapal layar 19th Royal Langkawi International Regatta Langkawi 2023 (RLIR).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMT Sailing Team berjaya rangkul kedudukan ketiga dalam siri kejohanan kapal layar 19th Royal Langkawi International Regatta Langkawi 2023 (RLIR). Pencapaian membanggakan itu diumumkan selepas kumpulan wakil tunggal IPT itu memberi saingan sengit dengan membezakan satu mata daripada pasukan TLDM yang muncul kedudukan kedua secara keseluruhan.

Pasukan UMT yang diwakili sekumpulan pelajar dan staf mempertaruhkan pelajar wanita bagi mewakili Ocean Girl UMT untuk memberikan kelainan dalam strategi pertandingan dan ternyata ia membuahkan hasil apabila pasukan itu berjaya mengalahkan pasukan lain yang majoriti diwakili oleh pelayar lelaki bagi kelas ‘Sports Boat’.

umt
UMT Sailing Team berjaya rangkul kedudukan ketiga dalam siri kejohanan kapal layar 19th Royal Langkawi International Regatta Langkawi 2023 (RLIR).

Ketua Pasukan Pelayaran UMT, Naila Nor Hasan berkata pasukannya berjaya memberikan  saingan pada kejohanan edisi ke-19 itu walaupun tempoh latihan agak singkat.

“Meski latihan kami kurang daripada sebulan tetapi kami yakin boleh beri saingan terbaik dan bawa nama universiti ini ke peringkat lebih jauh. Walaupun kami satu-satunya wakil tunggal IPT, kami akan lakukan sehabis baik.

“Alhamdulillah, strategi dan ilmu pelayaran yang dipelajari berjaya meletakkan kami pada kedudukan ketiga. Ia amat membanggakan kami,” katanya.

RLIR 2023 turut menampilkan satu lagi pasukan lelaki UMT iaitu UMT 1, diketuai jurulatih yang juga bekas pelayar kebangsaan, Ku Anas Ku Zamil.

umt
UMT Sailing Team yang menyertai kejohanan kapal layar 19th Royal Langkawi International Regatta Langkawi 2023 (RLIR).

Sebelum ini, pasukan pelayaran lelaki UMT berjaya meraih tempat ketiga pada Kejohanan Kapal Layar Antarabangsa di Korea Selatan pada November tahun lalu yang juga merupakan pasukan tunggal dari institusi pengajian tinggi awam menyertai cabaran ini.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan pelayar UMT yang berjaya mengharumkan nama institusi itu di pentas antarabangsa.

Kejohanan 19 th Royal Langkawi International Regatta yang berlangsung selama empat hari berakhir 14 January 2023 itu menyerlahkan lagi potensi pasukan pelayar Royal Selangor Yacth Club yang muncul juara dalam pertandingan kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya