Datuk, bekas bendahari NGO direman 7 hari

Datuk, bekas bendahari NGO direman 7 hari

SEORANG lelaki bergelar Datuk (kanan) dan rakannya (belakang) dikenakan tahanan reman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu lebih RM11,000 kepada jabatan kerajaan, dua tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM11,000 kepada sebuah jabatan kerajaan, dua tahun lalu.

Individu tersebut sebelum ini pernah bertanding semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu atas tiket sebuah parti politik tempatan. Turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan ialah bekas bendahari NGO sama.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.20 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari.

Datuk berusia 47 tahun serta bekas bendahari berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam tadi selepas mereka hadir memberi keterangan.

Kedua-dua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah ini pada penghujung Januari 2021 berkaitan kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan kerja pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya