Buruh mengaku salah rogol adik perempuan kandung - Utusan Malaysia

Buruh mengaku salah rogol adik perempuan kandung

TERTUDUH yang didakwa merogol adik perempuan kandung dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol adik perempuan kandungnya sebanyak dua kali, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 19 tahun turut dikenakan hukuman 10 sebatan selepas membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nooriah Osman hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus, dekat sini antara pukul 2 sehingga 3 petang, Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun mengikut Seksyen 91(1)(h) Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan masih di bawah umur ketika kejadian.

Tertuduh kemudian didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap adik perempuan kandungnya di lokasi sama kira-kira pukul 3.30 petang pada 5 November 2022.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (KK) bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh kemudian diarahkan menjalani hukuman secara serentak bermula tarikh ditangkap iaitu 9 Disember 2022.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya