Youssef En-Nesyri hanya melakukan tiga sentuhan

Youssef En-Nesyri hanya melakukan tiga sentuhan

YOUSSEF En-Nesyri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR, Qatar: Youssef En-Nesyri mencipta sejarah yang tidak diingini ketika Maghribi menentang Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2022 awal pagi tadi.

Penyerang Sevilla itu mendapati pertemuan dengan juara bertahan terlalu sukar berbanding perlawanan-perlawanan lain yang telah diharungi di Qatar.

Youssef, 25, disenaraikan dalam kesebelasan utama tetapi hampir tidak terlibat dalam permainan kerana hanya melakukan tiga sentuhan sepanjang 67 minit di atas padang.

Persembahan tersebut bermakna dia telah mencipta rekod baharu di Piala Dunia, tetapi dia pasti tidak mahu mengingati detik itu.

YOUSSEF En-Nesyri (kiri) bersaing dengan pemain tengah Perancis, Youssouf Fofana (tengah) dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2022. – AFP

Impian Maghribi untuk mara ke final bertemu Argentina Ahad ini berkecai apabila Theo Hernandez mencipta rekod dengan menjaringkan gol paling pantas di aksi separuh akhir Piala Dunia sejak tahun 1958 pada empat minit 39 saat.

Maghribi yang lebih menguasai permainan cuba bangkit namun gol kedua Perancis menerusi pemain gantian, Randal Kolo Muani yang menemui sasaran hanya beberapa saat selepas dimasukkan, memusnahkan impian anak buah Regragui.

Skuad bimbingan Walid Regragui telah mencipta sejarah dengan menjadi pasukan Afrika dan Arab pertama mara ke separuh akhir tetapi menyaksikan cabaran mereka berakhir dengan kekalahan 2-0 kepada Perancis.

Skuad Singa Atlas akan menentang Croatia, Sabtu ini untuk perebutan tempat ketiga, manakala Perancis bertemu Argentina dalam perlawanan akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya