Tewaskan Kanada 2-1, Maghribi lakar sejarah - Utusan Malaysia

Tewaskan Kanada 2-1, Maghribi lakar sejarah

Jurulatih Maghribi, Walid Regragui dijulang barisan pemain selepas berjaya mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Kanada, 2-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Maghribi melakar sejarah buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun dengan melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 selepas membenam cabaran Kanada, 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan F, di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Kejayaan mara ke pentas kalah mati ini merupakan pencapaian terbaik skuad The Atlas Lions sejak 1986 dengan disaksikan ribuan penyokong pasukan.

Maghribi yang perlu menang ataupun seri bagi meneruskan kemaraan mengambil kesempatan di atas kesilapan penjaga gol, Milan Borjan yang tidak mengeluarkan bola dengan baik sebelum dihukum Hakim Ziyech seawal minit keempat.

Kanada yang terdesak mencari kemenangan sulung mereka di pentas Piala Dunia terus dihukum apabila penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri menjaringkan gol kedua buat Maghribi pada minit ke-23 perlawanan tersebut.

Ketika Maghribi ‘bernafsu’ mencari gol ketiga, Kanada berjaya bangkit menjaringkan gol sulung mereka selepas rembatan kencang Sam Adekugbe tertampan kaki Nayef Aguerd sebelum menerjah ke gawang gol.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Maghribi melakukan serangan balas dan hampir menjaringkan gol ketiga mereka, namun jaringan Youssef En-Nesyri terpaksa dibatalkan selepas salah seorang pemain Maghribi dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Memasuki babak kedua, Kanada hampir menjaringkan gol penyamaan mereka pada minit ke-71 namun tandukan Atiba Hutchinson hanya menerjah ke palang gol sekali gus menyelamatkan pintu gol Maghribi.

Meskipun kedua-dua pasukan membalas serang, namun kemenangan tetap menjadi milik pasukan Maghribi selepas mengakhir perawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Maghribi bakal berdepan naib juara Kumpulan E yang menampilkan Jepun, Sepanyol, Jerman dan Costa Rica.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.