Pemain tidak menolak buta-buta panggilan skuad kebangsaan

Pemain tidak menolak buta-buta panggilan skuad kebangsaan – TMJ

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pemain tidak menolak buta-buta panggilan untuk mewakili skuad Harimau Malaya kendalian, Kim Pan Gon.

Sebaliknya kata Tunku Ismail, para pemain sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan dan ia boleh dilihat prestasi mereka apabila bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA.

“Mereka memberi sepenuhnya. Tetapi pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih, main sejak Januari. Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan domestik kita ‘break’ pemain kebangsaan tiada ‘break’.

“Mereka ada kem latihan selama tiga minggu. Kita adalah satu satunya negara yang kem latihan paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana kem latihan hanya seminggu sebelum perlawanan.

“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan. Contoh pemain lapor diri pada Januari, Piala AFF habis 15 Januari. Bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti dan cuti hanya enam hari dalam satu tahun?.

“Pemain bukan mesin. Mereka manusia macam kita, semua buta nak kejayaan tetapi, tiada yang ada sikap kemanusiaan. Itu pasal tak kemana,” kata Tunku Ismail di laman sosialnya semalam.

Tunku Ismail berkata demikian sebagai reaksi balas kepada kenyataan Pan Gon yang mengakui, kali pertama sepanjang kariernya sebagai jurulatih menyaksikan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, 12 tonggak Harimau Malaya iaitu 11 daripadanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanafi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa tidak dapat menyertai Harimau Malaya.

Terbaharu dua pemain Kuala Lumpur City, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan berkenaan.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, pihak yang terkejar-kejar Piala AFF yang tiada dalam kalendar FIFA hanya mereka yang populis semata-mata meraih simpati atau sokongan orang ramai kerana mahu naikkan imej peribadi masih releven dalam industri bola sepak negara.

“Apa punya pemimpin atau ketua tiada simpati terhadap pekerjanya?Tiada rasa segan. Yang bayar gaji dan melabur adalah kelab bukan awak. Apa punya sikap, pakai barang orang tetapi tiada bersikap bertimbang rasa.

“Bayangkan anda beli dan bayar kereta tapi orang lain pakai kereta sesuka hati mereka. Apabila rosak, anda yang kena betulkan, sedangkan kereta tu anda yang punya.

“Nak berjaya kita semua kena kerja secara kolektif. Pemain sudah membuktikan komitmen mereka dengan membawa pasukan layak ke Piala Asia. Takkan Piala AFF yang dunia tak mengambil serius pun kita terkejar-kejar semata mata mahukan populariti, trend, dan voting.

“Aim bigger, think big. Cakap jangan nak sembuh aja,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya