Mike undur diri : idam Anugerah Olahragawan Kebangsaan

Mike undur diri: idam Anugerah Olahragawan Kebangsaan

Syarul Azman Mahen berjaya raih gelaran dunia kelima di Phuket, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara dunia bina badan, Syarul Azman Mahen Abdullah berharap kejayaannya merangkul gelaran juara dunia buat kali kelima di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Phuket, Thailand tempohari bakal memberikan peluang cerah untuknya merangkul gelaran olahragawan kebangsaan 2022.

Syarul Azman yang mesra disapa Mike pernah tercalon sebanyak empat kali bagi kategori itu di Anugerah Sukan Negara sejak 2016, bagaimanapun rezeki masih belum berpihak kepadanya.

Justeru seandainya kemenangan masih belum berpihak kepadanya, Mike yang kini berusia 49 tahun tidak menolak untuk mengundur diri pada tahun hadapan.

“Saya harap pihak penilaian sedia pertimbangkan saya, kerana lazimnya sukan-sukan popular dan beraksi di Olimpik sahaja yang berjaya menang anugerah tersebut, sama seperti mereka, saya juga bekerja keras, pergi ke kejohanan bawa nama Malaysia naik ke atas podium mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku.

“Saya dah berkali-kali dicalonkan, baik apa sahaja anugerah, tetapi kerap tewas, saya akur, dan tetap berusaha dengan lebih keras, tetap dalam masa yang sama, saya harap mereka menilai saya atas usaha dan kejayaan saya, bukan populariti sukan semata-mata.

“Saya sudah memenangi semua gelaran dalam sukan bina badan ini, dan jika saya dapat memenangi anugerah Olahragawan Negara, ia bakal menjadi penamat terbaik untuk karier saya.

“Kita lihat macam mana untuk tahun tahun hadapan, jika masih tiada, saya mungkin undur diri, beri peluang kepada muka baharu,” jelas Mike yang ditemui ketika sambutan kepulangan skuad bina badan negara di Lapang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 kelmarin.

Kali terakhir atlet bina badan yang diangkat menjadi Olahragawan Kebangsaan merupakan Sazali Samad pada edisi 2014.

Selain Mike, atlet lain yang berpeluang menjadi pencabar untuk anugerah tersebut pada tahun ini merupakan pesilat, Muhammad Robial Sobri yang dinobatkan juara Kelas A Putera ketika Kejohanan Dunia Silat dilangsungkan di Melaka Julai lalu.

Bagi acara berpasukan pula, Malaysia turut berbangga dengan pencapaian beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menamatkan penantian 45 tahun negara di Kejohanan Badminton Dunia, Tokyo, serta kejayaan pasukan Dodgeball merampas kembali gelaran juara dunia di Kanada pada Ogos.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya