Covid-19: 17 kes kematian

Covid-19: 17 kes kematian

Malaysia mencatatkan 17 kes kematian berbanding jumlah kelmarin, 10 kes. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,737 kes berbanding kelmarin, 1,672 kes sekali gus diatasi 3,338 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 28,285 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,992,168 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 367 kes diikuti Kuala Lumpur (193), Sarawak (166), Kedah (164), Melaka (134), Sabah (125) dan Kelantan (123).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (88), Pulau Pinang (82), Pahang (80), Negeri Sembilan (64), Terengganu (57), Johor (43), Labuan (24) dan Putrajaya (19), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lapan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 582 orang berbanding kelmarin, 541 orang, selain 94 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 57 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 17 kes berbanding jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,684 kes termasuk enam kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) (7,808 kes terkumpul). – UTUSAN

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya