Boleh tempah janji temu fasiliti kesihatan KKM melalui MySejahtera

Boleh tempah janji temu fasiliti kesihatan KKM melalui MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluaskan sistem janji temu melibatkan fasiliti kesihatan primer di bawahnya melalui kemudahan aplikasi MySejahtera yang sedia ada.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sistem janji temu menerusi aplikasi berkenaan bagi tahun 2023 sudah mula sepenuhnya dan tempahan boleh dilakukan bermula hari ini.

Beliau berkata, usaha itu sebagai sebagai mengatasi isu tempoh menunggu yang lama sekali gus mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer.

Menurut beliau, terdapat lapan perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu iaitu Rawatan Pesakit Luar, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), Saringan Kesihatan PeKa B40, Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan / Pra-Pengajian dan Saringan Pra-Perkahwinan.

Selain itu ialah Saringan Pra-Perkahwinan, Khidmat Berhenti Merokok (KBM), Perkhidmatan Perancang Keluarga dan Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub dan lain-lain)

“Perkhidmatan ini sudah dimulakan di 673 Klinik Kesihatan secara berfasa, bermula dengan saringan NHSI, PeKa B40, KBM dan akan diperluaskan kepada perkhidmatan lain secara berperingkat.

“Sistem janji temu ini bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing dan mengelakkan kesesakan di tempat pendaftaran dan menunggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliha berkata, antara kelebihan sistem janji temu atas talian ini termasuklah pelanggan dapat merancang lawatan ke fasiliti kesihatan primer mengikut kesesuaian masa.

Selain itu, katanya, pelanggan juga boleh mengubah tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera dengan mudah tanpa perlu membuat panggilan ke fasiliti kesihatan.

Beliau menjelaskan, sistem ini juga mempunyai fungsi Automated Reminder supaya pelanggan menghadirkan diri mengikut masa dan tarikh yang ditempah.

“Untuk kes kecemasan, kes demam atau penyakit berjangkit, orang ramai boleh terus ke fasiliti kesihatan primer tanpa perlu membuat janji temu.

“Dengan pendigitalan sistem perkhidmatan kesihatan yang disediakan KKM ini, saya harap ia dapat mempromosi program-program kesihatan di bawah fasiliti kesihatan primer kepada masyarakat dengan lebih berkesan serta menjadikan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan negara lebih efisyen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.