ZPP terima RM2.03 juta zakat perniagaan, pendapatan - Utusan Malaysia

ZPP terima RM2.03 juta zakat perniagaan, pendapatan

ROSLAN Ahmad (tengah) bersama Amran Hazali (empat dari kanan) bersama wakil syarikat koperasi dan korporat yang menyumbang zakat pada Majlis Serahan Zakat ZPP di George Town, Pulau Pinang hari ini. Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima kira-kira RM2.03 juta zakat perniagaan dan pendapatan daripada enam buah syarikat korporat dan koperasi hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, syarikat korporat dan koperasi berkenaan ialah Bank Simpanan Nasional Berhad; JKP Sdn. Bhd.; Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad; MAA Precious Metals Shd. Bhd.; Celcom Axiata Berhad dan Ocean Sucess (M) Sdn. Bhd.

“Jumlah keseluruhan pembayaran zakat perniagaan dan pendapatan ini adalah RM2.03 juta dan ZPP akan menunaikan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya dalam Majlis ‘Hi-Tea’ serahan Zakat Korporat 2022 dan pelancaran direktori rakan niaga ZPP di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Roslan Ahmad.

Menurut Amran, ZPP turut melancarkan Direktori Rakan Niaga Zakat Pulau Pinang 2022 yang bertujuan mempromosikan syarikat yang membayar zakat perniagaan dan setakat ini kira-kira 200 syarikat telah disenaraikan di dalam direktori itu.

Jelas beliau, inisiatif itu juga sebagai usaha memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk menggunakan perkhidmatan syarikat Muslim yang membayar zakat di Pulau Pinang.

“Objektif inisiatif ini adalah untuk mewujudkan satu koleksi sumber informasi produk dan perkhidmatan yang komprehensif pembayar zakat perniagaan (Muzakki) di ZPP dengan mewujudkan satu platform maya yang dibangunkan oleh ZPP,” katanya.

Tambah beliau, platform itu juga dapat membantu mewujudkan ekosistem keusahawanan di Pulau Pinang dan di negara ini bagi mempromosikan perkhidmatan yang dijalankan oleh pembayar zakat perniagaan di Pulau Pinang.

“Antara perniagaan yang terlibat dalam Direktori Rakan Zakat Pulau Pinang adalah Nasi Kandar Deen Maju, AMS Autospec Bertam, Shell Sungai Bakap dan banyak lagi.

“Melalui pelancaran direktori ini, masyarakat dapat menyokong syarikat Muslim yang membayar zakat di Pulau Pinang dengan menggunakan perkhidmatan atau produk syarikat tersebut,” katanya.

Selain itu Amran menambah, pengguna juga dapat menggunakan perkhidmatan atau produk tersebut tanpa ragu atau syak wasangka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya