Tiada keluar surat anugerah projek, hanya kelulusan rundingan

Tiada keluar surat anugerah projek, hanya kelulusan rundingan

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tiada pengeluaran surat niat (LOI) atau surat penganugerahan projek (LOA) oleh Kementerian Kewangan kepada mana-mana syarikat melibatkan kontrak berbilion ringgit.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian itu hanya memberi kelulusan rundingan kepada sebuah syarikat yang berunding dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Jelas beliau, kontrak itu belum dianugerahkan dan masih tiada LOI atau LOA kecuali hanya kelulusan rundingan.

“Apabila mendapat kelulusan rundingan itu, KASA perlu berunding dengan syarikat berkenaan dan mengemukakan syor bagi proses lanjut.

“Itu bukan surat kelulusan tetapi surat memberi kebenaran kepada mereka untuk berunding dengan kementerian bertanggungjawab iaitu KASA,” katanya dalam sidang akhbar di Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi selepas beramah mesra dan menyantuni rakyat selaku calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan satu surat yang mendakwa kerajaan cuba memberikan kontrak berbilion ringgit kepada syarikat kroni melibatkan projek naik taraf loji bagi kawasan tadahan pembentungan bernilai RM285 juta di sekitar Klang.

Kata Tengku Zafrul, KASA akan membuat perbincangan dengan syarikat itu mengenai spesifikasi dan keperluan projek berkenaan yang kemudian diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

“Selepas dipersetujui, KASA menilai sama ada syarikat itu lulus atau tidak mengenai penilaian kewangan dan teknikal yang mana proses itu melibatkan masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan,” ujarnya.

Tambah beliau, langkah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan surat tuntutan (LoD) kepada Rafizi disifatkan sebagai langkah tepat sekali gus meminta rakyat tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tohmahan pemimpin pembangkang terhadap kerajaan.

“Perkara itu hanya lebih kepada meraih sokongan pengundi semata-mata. Jangan terpedaya dan periksa dulu dengan sumber lain. Jika betul, buat proses yang betul dan pergi berjumpa pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya