Taktikal siapa lebih ulung?

Taktikal siapa lebih ulung?

Selangor dan terengganu akan sekali lagi berentap di separuh akhir selepas kedua-dua pasukan telah bertemu di peringkat sama pada saingan Piala FA Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertembungan Terengganu FC dan Selangor FC di separuh akhir pertama Piala Malaysia semestinya mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Aksi antara dua gergasi bola sepak itu pastinya bakal memperagakan saingan cukup sengit dalam merebut tempat ke final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 26 November nanti.

Selain memiliki pemain-pemain berkualiti taktikal dua pengendali terbaik tempatan iaitu Tan Cheng Hoe dan Nafuzi Zain akan menjadi faktor penting kepada kejayaan pasukan masing-masing.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat sama tapi pentas berbeza iaitu Piala FA tahun ini namun menyaksikan kemenangan berpihak kepada Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 pada Ogos lalu.

Begitupun, perlawanan kali ini membawa kepada perbezaan ketara terutama daripada segi ketua jurulatih selepas Cheng Hoe mengambil alih tempat Micheal Feinchtenbeiner untuk mengemudi juara 33 kali Piala Malaysia berkenaan.

Dibawah kemudi bekas pengendali Harimau Malaya itu, Red Giants tidak pernah tewas dalam lapan perlawanan iaitu enam kali menang dan dua keputusan seri, malah mereka hanya bolos tiga gol.

Sebaliknya, Terengganu pula berdepan dengan konflik dalaman membabitkan Nafuzi dengan pihak pengurusan berkaitan kontrak namun jurulatih berusia 44 tahun itu menegaskan isu luar padang tidak akan menjejaskan prestasi pasukan.

Nafuzi yang menolak kontrak lanjutan ditawarkan pengurusan Terengganu itu, bagaimanapun berjanji akan melunaskan tanggungjawabnya sebaik mungkin buat skuad Sang Penyu sebelum berhijrah ke pasukan utara tanah air. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya