Rakyat lega, polemik pembentukan kerajaan berakhir

Rakyat lega, polemik pembentukan kerajaan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rakyat Malaysia menzahirkan perasaan syukur dan lega apabila polemik pembentukan kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhirnya tamat, selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan bergelar Perdana Menteri Ke-10.

Seorang kakitangan swasta, Dzuraida Dawam, 45 berkata, perbezaan ideologi politik perlu diketepikan semua pihak demi kestabilan negara memandangkan musim pilihan raya telahpun berakhir pada 19 November lalu.

DZURAIDA DAWAM

“Pembentukan kerajaan harus disegerakan bagi memulihkan ekonomi dan kestabilan negara. Saya harap parti politik dapat mengenepikan perbezaan ideologi mereka demi untuk kestabilan rakyat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terkini, Anwar sah menjadi Perdana Menteri Ke-10. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, keputusan itu dibuat setelah mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Masjid Al-Rahmah Taman Bukit Rambai, Rahim Harun, 68, berkata, kerajaan baharu Malaysia perlu segera bekerja memulihkan ekonomi, membawa pelaburan ke dalam negara seterusnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

RAHIM HARUN

“Kerajaan tidak boleh tergantung tanpa ada pihak yang mentadbir, membuat keputusan dan sebagainya. Jika keadaan ini berterusan, yang susah adalah rakyat.

“Rakyat hilang pekerjaan dan tiada pelaburan baharu masuk. Justeru, kerajaan perlu dibentuk secepat mungkin bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya