PM umum tambahan peruntukan RM50 juta pada Mitra

PM umum tambahan peruntukan RM50 juta pada Mitra

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) bagi membantu agensi itu terus menyantuni masyarakat India.

Perdana Menteri berkata, tambahan peruntukan itu susulan prestasi Mitra yang semakin baik pada tahun ini khasnya dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat India miskin dan masih terpinggir.

Beliau berkata, tambahan itu menyaksikan Mitra memperoleh peruntukan RM150 juta pada
tahun ini.
“Kalau tanya saya apakah (peruntukan) RM100 juta cukup, tidak. Oleh kerana suku akhir ini prestasi Mitra baik, saya setuju mulai tahun ini kita tambah jadi RM150 juta,” katanya dalam ucapan di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial tanpa mengira kaum atau latar belakang rakyat.

“Bantuan kerajaan termasuk program membasmi kemiskinan tegar tidak pernah berasaskan kaum semata-mata, sebaliknya diberikan kepada semua rakyat memerlukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN