Lima masjid baharu akan dibina di Johor

Lima masjid baharu akan dibina di Johor

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan lima masjid baharu di Johor dalam sesi mengadap yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, hari ini. FACEBOOK SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan lima masjid baharu di Johor dalam sesi mengadap yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Laporan berkenaan dipersembahkan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dengan kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Mohd. Radzi Mohd. Amin.

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Istana Negara, pembinaan lima masjid baharu itu melibatkan dua buah di Johor Bahru serta masing-masing sebuah di Kluang, Mersing dan Kulai.

“Peruntukan pembinaan masjid-masjid tersebut adalah daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta sumbangan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu lagi sesi di istana sama.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Datuk Mohammed Shakib Ali.

Kedua-dua sesi mengadap tersebut berlangsung di Istana Pasir Pelangi pada hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN