Rafizi istihar miliki aset bersih bernilai RM18 juta

Rafizi istihar miliki aset bersih bernilai RM18 juta

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengisytiharkan RM18,851,350 sebagai aset bersih setakat 31 Oktober tahun ini.

Pengarah pemilihan PKR itu berkata, beliau adalah calon pertama daripada parti itu yang mengisytiharkan harta.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Kita tunggu pengisytiharan aset calon Barisan Nasional dan Perikatan Nasional selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi berkata, semua anggaran yang terkandung dalam pengisytiharan itu dibuat sebaik mungkin dan berdasarkan dokumen, rekod dan ingatan.

Beliau juga berkata, jumlah pemegangan saham biasa dalam Invoke Solutions Sdn. Bhd. ialah 2,087,598 saham, atau bersamaan 73 peratus daripada semua saham biasa yang diterbitkan.

Katanya, sepanjang menjadi ahli parlimen Pandan dari 2013 hingga 2018 beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri, isteri, anak atau mana-mana ahli keluarganya.

“Saya tidak pernah memegang jawatan awam lain selain menjadi ahli parlimen dari 2013 hingga 2018,” jelannya

Butiran lanjut mengenai aset yang diisytiharkan oleh Rafizi boleh didapati di sini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.