PUMA House of Football dapat sambutan luar biasa

PUMA House of Football dapat sambutan luar biasa

PUMA House of Football turut dihadiri lagenda bola sepak Malaysia iaitu Datuk James Wong (bermula tiga daripada kiri), Datuk Wira Soh Chin Ann, Steven Tan dan Santokh Singh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran program ‘PUMA House of Football’ yang berlangsung selama seminggu di salah satu pusat membeli belah di Putrajaya telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat bola sepak tempatan.

Pameran itu menyediakan pelbagai aktiviti yang mengimbau kembali kenangan sejarah bola sepak global, pameran jersi pasukan-pasukan bola sepak dunia yang menggunakan jenama PUMA dan juga kasut bola keluaran baharu sempena Piala Dunia Qatar 2022.

Pengurus PUMA Malaysia, Steven Tan berkata, pameran PUMA House of Football adalah sebahagian daripada komitmen jenama ini untuk sentiasa memajukan dan memacu perubahan positif dalam sukan bola sepak baik di peringkat tempatan mahupun global.

“Bola sepak adalah sebahagian daripada DNA PUMA, sama juga seperti rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia membesar mempunyai kenangan indah bersama sukan ini, yang mengajar kita erti nilai daya saing, kerja berpasukan, nasionalisme, persahabatan dan bersatu padu.

Sebahagian jersi-jersi jenama sukan PUMA yang dipakai oleh pasukan-pasukan seluruh dunia turut dipamerkan di pameran berkenaan.

“Inisiatif yang dilaksanakan pada hari ini bermatlamat meraikan keindahan sukan bola sepak, mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus mengukuhkan sokongan berterusan PUMA terhadap komuniti bola sepak yang sedang berkembang daripada peringkat akar umbi sehingga ke persada antarabangsa.

“Kami percaya Malaysia mempunyai ramai bakat bertaraf dunia, justeru itu kami akan berterusan berusaha meningkatkan arena bola sepak tempatan menerusi jalinan kerjasama rasmi bersama Liga Bola Sepak Malaysia dan ACTIVE SPORTS serta banyak lagi. Kami komited dengan misi untuk membentuk sebuah komuniti yang membolehkan bakat ini berkembang maju,” katanya.

Paling mencuri tumpuan di House of Football ini adalah membawa pengunjung mempelajari sejarah bola sepak, di samping turut mempamerkan koleksi barangan pilihan paling ikonik dalam sejarah bola sepak yang diperoleh dari seluruh dunia.

Menampilkan sembilan but bola sepak legenda, peminat berpeluang menghayati perjalanan sejarah PUMA yang panjang dan hebat dalam bola sepak.

Kebanyakan but ini dipakai oleh beberapa ikon bola sepak terkemuka dalam sejarah seperti Pelé, Diego Maradona, Lothar Matthäus, Antoine Griezmann, Neymar Jr dan ramai lagi.

Pengalaman menelusuri pameran ini menggambarkan evolusi dan inovasi kepakaran PUMA dalam bola sepak dari tahun 1952 hingga hari ini.

Tumpuan utama acara ini, PUMA meraikan arena bola sepak tempatan dengan memberikan penghormatan kepada barisan jaguh bola sepak Malaysia, dari zaman dahulu hingga kini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya