PETALING JAYA: Penasihat PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail mengisytiharkan harta bernilai RM1.4 juta.
Ia dibuat selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta RM11.2 bilion dan anak mereka Nurul Izzah Anwar RM800,000.
Menurut Wan Azizah ia membabitkan kira-kira RM1 juta simpanan selain empat buah kenderaan bernilai RM360,000.
Beliau tidak mempunyai hutang, hartanah, pelaburan, barang kemas atau karya seni bernilai.
Pengisytiharan aset itu dimuat naik dalam laman web PKR pada laman yang memaparkan senarai calon.
Anwar ketika bercakap di Kuala Lumpur menggesa semua pemimpin parti mengikut langkahnya mengisytihar harta .
Anwar akan bertanding di Parlimen Tambun sementara Wan Azizah di Parlimen Bandar Tun Razak. – UTUSAN