Anggota gagal kawal emosi tak sesuai dalam TDM

Anggota gagal kawal emosi tak sesuai dalam TDM

AZHAN Md Othman ketika sesi sidang media pada Perbarisan Hari Tentera Darat ke-93 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggota yang gagal mengawal emosi dalam melaksanakan penugasan sehingga melakukan kekerasan ke atas anggota lain tidak sesuai untuk berada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).

Demikian penegasan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md. Othman susulan insiden membabitkan seorang anggota tentera iaitu Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, yang kini koma akibat dipukul di di Kem Tentera Batalion 25, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong, Pahang, Ahad lalu.

Beliau berkata, sebaik sahaja suspek dibebaskan daripada tahanan reman, individu terbabit akan diasingkan dalam tahanan rapi dan ditempatkan di balai pengawal.

Katanya, ia bertujuan mengasingkan suspek daripada bercampur dengan anggota lain sementara Lembaga Siasatan menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden tersebut.

“Selain menunggu siasatan polis, TDM sudahpun menubuhkan Lembaga Siasatan yang akan memulakan prosedur sejurus suspek dibebaskan daripada tahanan reman.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas suspek, jika didapati bersalah,” katanya pada sidang media Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-93 betemakan ‘Kemahuan untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat’ di sini, hari ini.

Selasa lalu, seorang anggota tentera berusia 37 tahun berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul tujuh anggota di Kem Tentera Batalion 25, RAMD Bentong.

Susulan insiden itu, Muhammad Amirul dilaporkan dalam keadaan koma yang memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh manakala yang lain dirujuk ke Hospital Bentong.

Azhan berkata, pihaknya memandang serius insiden seumpamq itu dan menjangkakan Lembaga Siasatan akan melakukan siasatan menyeluruh serta secepat mungkin berhubung kes tersebut.

“Sekiranya didapati ada pelanggaran undang-undang, pastinya tindakan tegas akan diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN