PRU15: Calon bebas,Tawfik Ismail mahu tubuhkan Bagan Datuk Development Corporation

PRU15: Calon bebas,Tawfik Ismail mahu tubuhkan Bagan Datuk Development Corporation

pru15
Tawfik Tun Dr. Ismial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Calon bebas Parlimen Bagan Datuk, Tawfik Tun Dr Ismail berkata akan menubuhkan Bagan Datuk Development Corporation (BDDC) bagi merealisasikan agenda penambahbaikan ekonomi yang digariskan dalam kempen politiknya bagi kerusi itu.

Misi perbadanan itu adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan kekayaan penduduk Bagan Datuk.

Selaras dengan matlamat itu, semua penduduk Bagan Datuk yang berumur 18 tahun ke atas akan menjadi sebahagian daripada pemegang saham syarikat.

“Model ini dibina berdasarkan model yang menekankan pertumbuhan saksama dan kemakmuran bersama,” kata Tawfik yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail.

BDDC akan memanfaatkan kekuatan kawasan tersebut, iaitu pertanian dan perikanan, dengan memberikan pemegang sahamnya bahagian yang lebih besar daripada industri hiliran yang lebih menguntungkan melalui penyertaan dalam pembuatan dan pemprosesan.

Ia juga bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada pelancongan di Bagan Datuk dengan mewujudkan Taman Agro Buah-buahan & Herba Tropika dan tarikan lain seumpamanya.

Selain daripada fungsi ekonomi, BDDC juga akan berusaha untuk menambah baik infrastruktur tempatan.

Ia juga akan menjaga penduduk dengan menubuhkan tabung untuk kesihatan, kebajikan dan pendidikan.

“Saya berharap BDDC boleh menjadi pelan tindakan untuk pembangunan saksama bagi kawasan pilihan raya lain di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya