'Sumpah saya tidak upah calon bebas' - Noh - Utusan Malaysia

‘Sumpah saya tidak upah calon bebas’ – Noh

Bebas
NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan ada mengupah atau menaja calon bebas bagi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu. 

Tegas beliau, hasrat Mohd. Rosni Mastol yang juga bekas pegawai khasnya itu sememangnya tidak diketahui sehingga malam sebelum hari penamaan calon.

“Demi Allah dan sumpah, saya sememangnya tidak tahu rancangan beliau (Rosni) untuk bertanding bebas sebelum itu.

“Saya tidak dapat menghalang beliau kerana prinsip demokrasi namun mengingatkan tentang akibat tindakannya yang akan dipecat parti,” katanya dalam satu program bual bicar yang disarkan secara langsung dalam Sinar Live, hari ini.

Noh berkata, perkara itu merupakan satu daripada tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dalam notis yang dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO.

“Tiada sebab untuk menaja calon bebas jika saya sendiri boleh melakukannya (bertanding). Kenapa perlu babitkan saya dan lebih baik saya bertanding tanpa menyuruh beliau,” jelasnya.

Tambah beliau, dia sepatutnya hadir di hadapan Lembaga Disiplin UMNO petang tadi namun sudah dipecat pada Jumaat lalu.

Pada PRU15 lalu, Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof sebagai calon kerusi yang disandang Noh sejak 1995.

Habibah bagaimanapun tewas kepada Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh kemenangan majoriti 2,180 undi.

Zulkafperi yang pernah tewas pada PRU14 lalu itu memperoleh 18,054 undi manakala Habibah (15,874) dan Siti Rahayu Baharin dari Pakatan Harapan (PH) (12,314).

Turut tewas, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawawi atau Lando yang memperoleh 3,557 undi manakala Mohd. Rosni dengan  1,406 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya