Penting orang muda beri kepercayaan kepada BN - Onn Hafiz

Penting orang muda beri kepercayaan kepada BN – Onn Hafiz

ONN HAFIZ GHAZI berucap di hadapan  anak-anak muda sempena Program Himpunan Orang Muda Johor di pekarangan letak kenderaan Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menaruh harapan terhadap golongan muda negeri ini untuk membuat pilihan bijak dengan memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata, suara orang muda penting unruk menentukan masa depan negara dan negeri.

“Saya ada mesej jelas nak beri kepada anak muda Johor, mesej saya adalah rayuan agar setiap anak muda negeri ini bantu saya dengan memilih kerajaan Persekutuan yang selari dengan kerajaan negeri.

“Ini kerana kerajaan negeri mempunyai visi untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030, dan usaha itu memerlukan bantuan daripada kerajaan Pusat.

“Sebab itu penting bagi orang muda untuk beri kepercayaan kepada mereka yang akan mewakili kita di Parlimen. Jadi saya tanya, anak muda Johor ‘on tak on?’,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Orang Muda Johor  di pekarangan letak kenderaan pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah.

Menteri Besar berkata, pilihan orang muda negeri ini adalah penting dalam memutuskan perjalanan dan masa depan negeri Johor, adakah menuju kecemerlangan atau sebaliknya.

Sementara itu, beliau turut meminta rakyat Malaysia, khususnya pengundi negeri ini untuk tidak termakan tohmahan pembangkang yang mendakwa calon Perdana Menteri BN adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Baru-baru ini tular satu mesej mendakwa satu undi kepada calon BN kononnya adalah satu undi untuk Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO untuk menjadi Perdana Menteri, pembangkang sudah hilang modal.

“Itu adalah satu penipuan, fitnah dan tohmahan untuk jatuhkan BN. Ini kerana UMNO, MIC dan MCA sebulat suara bahawa tiada calon Perdana Menteri lain kecuali Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya