Korea Selatan kecundang ditangan Ghana, 2-3 - Utusan Malaysia

Korea Selatan kecundang ditangan Ghana, 2-3

Ghana meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Korea Selatan, 3-2 sebentar tadi.

DOHA : Ghana mencerahkan laluan untuk melangkah ke pusingan ke 16 selepas menewaskan Korea Selatan, 3-2 pada aksi Kumpulan H, Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, sebentar tadi.

Dua gol dari Mohammed Kudus pada minit ke-33 dan 67 serta satu gol dari Mohammed Salisu memastikan kemenangan pertama buat Ghana selepas tewas dengan jaringan yang sama ketika berdepan Portugal sebelum ini.

Bagi Korea Selatan, dua gol dijaringkan Cho Gue Sung (m-57 dan m-60) masih belum cukup buat mereka untuk menghalang Ghana meraih mata penuh. -AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN