Costa Rica tewaskan Jepun, 1-0 - Utusan Malaysia

Costa Rica tewaskan Jepun, 1-0

Fuller meledak gol kemenangan Costa Rica pada aksi menentang Jepun, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Costa Rica meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Jepun, 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E , Piala Dunia 2022 pada aksi di Stadium Ahmed bin Ali, sebentar tadi. 

Gol tunggal jaringan Keysher Fuller pada minit ke-81 sudah cukup buat pasukan untuk kembali membuka peluang merebut kelompok 16 terbaik selepas tewas 0-7 di tangan Sepanyol pada aksi pertama peringkat kumpulan, 24 November lalu.

Selepas buntu tanpa jaringan sepanjang 45 minit babak pertama, rembatan Fuller dari luar kotak penalti membeza keputusan perlawanan yang memihak kepada Costa Rica. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.