Nunez pastikan Liverpool menang lagi di Anfield

Nunez pastikan Liverpool menang lagi di Anfield

DARWIN Nunez meledak gol kemenangan Liverpool ketika menumpaskan West Ham 1-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Darwin Nunez menjaringkan gol pertamanya di Anfield ketika membantu Liverpool menumpaskan West Ham 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Reds juga berterima kasih kepada penjaga gol, Alisson yang menyelamatkan sepakan penalti Jarrod Bowen untuk memberi kemenangan kedua berturut-turut.

Nunez, 23, yang ditandatangani pada Jun lalu dengan harga 64 juta pound (RM338.74 juta), melakukan tandukan hebat ke gawang West Ham pada minit ke-22 untuk meletakkan pasukannya di depan.

Dia hampir menggandakan kedudukan menerusi voli yang terkena tiang pada pada pertama yang dikuasai tuan rumah.

PENJAGA gol Liverpool, Alisson menyelamatkan sepakan penalti Jarrod Bowen.

West Ham juga mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan sebelum separuh masa tetapi sepakan penalti Bowen berjaya diselamatkan Alisson.

Begitupun memasuki babak kedua, Liverpool yang gagal mengulangi prestasi baik ketika menumpaskan Manchester City 1-0, Ahad lalu bergelut untuk mengawal West Ham.

Skuad The Hammers bimbingan David Moyes berpeluang membawa pulang mata jika Said Benrahma atau Tomas Soucek menukar peluang terbaik menjadi gol.

Kemenangan keempat musim ini melonjakkan Liverpool ke tangga ketujuh dengan 16 mata daripada 10 perlawanan.

Kekalahan pertama West Ham dalam empat perlawanan liga pula meletakkan mereka di tangga ke-13 dengan 11 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN