KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar selepas menahan tujuh buah kenderaan yang digunakan dalam kegiatan tersebut dekat sini, hari ini.
Semua PATI itu ditahan oleh Pasukan Risik/Khas Batalion 9 PGA di Kampung Buloh Poh, Melor selepas keluar dari sulur Lebuhraya Buloh Poh.
Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan ke atas kesemua kenderaan itu menjumpai 50 PATI.
Katanya, kesemua PATI itu terdiri daripada 37 lelaki dan 13 wanita.
“Mereka dibawa ke Ibu pejabat Polis Daarah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN










