Lima beranak terselamat, kereta terbabas, terbalik

Lima beranak terselamat, kereta terbabas, terbalik

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 265.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Ipoh hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lima beranak terselamat apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 265.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, maklumat nahas membabitkan kereta jenis Toyota Sienta itu diterima pada pukul 2.51 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati kereta dinaiki pasangan suami isteri dan tiga anak lelaki mereka terbalik ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

“Anak lelaki pasangan itu yang berusia 21 tahun dan duduk di bahagian penumpang belakang patah kaki kanan akibat tersepit.

“Empat mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terselamat dan dibawa keluar dari kenderaan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit dibawa keluar dan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 3.47 petang,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.