TAPAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, diteruskan dalam skala lebih kecil mulai hari ini selepas 11 hari hilang. Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Penyelarasan Operasi SAR yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokri. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, operasi SAR dalam skala kecil itu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) orang hilang.…










