Dipenjara empat tahun raba anak jiran

Dipenjara empat tahun raba anak jiran

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah meraba kanak-kanak bawah umur berusia 12 tahun yang juga anak jirannya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. 

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 48 tahun yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 11 malam di sebuah rumah di Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah, pada 2 Oktober 2022. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan.

Bagaimanapun, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman berat diberikan dengan mengambil kira faktor usia mangsa. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan empat tahun penjara dari tarikh ditangkap iaitu pada 9 Oktober 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya