Pesawat komersial pertama mendarat di LTAM selepas tiga tahun

Pesawat komersial pertama mendarat di LTAM selepas tiga tahun

MAVCOM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Batik Air susulan isu kelewatan penerbangan OD 7634 Kuala Lumpur - Kuching pada 23 Disember tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini mula menerima kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa selepas ditutup hampir tiga tahun akibat penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri telah berbincang dengan pelbagai pihak di peringkat Persekutuan dan antarabangsa bagi memastikan LTAM beroperasi semula.

Menurut beliau, pembukaan itu dianggap penting bagi menerima lebih ramai kehadiran pelawat sekaligus merancakkan semula sektor pelancongan Melaka.

“Hari ini merupakan hari pertama LTAM beroperasi dengan menerima penerbangan domestik dan antarabangsa oleh Batik Air. Ia adalah hasil perancangan dua negara dan kerjasama ini memakan masa empat bulan untuk direalisasikan.

“Batik Air memperkenalkan laluan penerbangan dari atau ke Pulau Pinang dan Pekanbaru di Indonesia melalui LTAM setiap hari. Ini merupakan berita baik kepada rakyat Melaka, Johor dan Negeri Sembilan untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar Sambutan Penerbangan Pertama Batik Air ke Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu, pesawat Batik Air yang membawa 38 penumpang dari Pulau Pinang menjadi penerbangan pertama mendarat di LTAM pada pukul 11.30 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Pekanbaru dengan membawa 50 penumpang termasuk Muhammad Jailani.

Tambah Muhammad Jailani, Melaka akan meneroka pasaran baharu membabitkan pelancong dari India dan Brunei.

Jelasnya, pasaran baharu itu penting bagi mengurangkan  kebergantungan terhadap pelawat dari Asia Timur seperti China, Taiwan dan Jepun.

“Melaka merekodkan kehadiran pelancong seramai 2.48 juta orang setakat Jun lepas iaitu peningkatan sebanyak 234 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya