Julfaddli, Gabriel melakukan terjunan emas - Utusan Malaysia

Julfaddli, Gabriel melakukan terjunan emas

Duo terjun Sabah, Julfaddli Jali dan Gabriel Gilbert Daim melakukan terjunan dalam acara 3m Papan Anjal Seirama (Lelaki) pada Sukma 2022 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Atlet terjun Sabah, Julfaddli Jali dan Gabriel Gilbert Daim mengungguli acara akhir terjun seirama 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Julfaddli yang bergandingan dengan pemenang pingat perak Sukan Komanwel, Gabriel mengumpul mata tertinggi 317.37 mata untuk merangkul pingat emas.

Pingat perak pula menjadi milik peserta Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi dan Yong Rui Jie yang mengutip 308.40.

Manakala, gangsa dimenangi oleh pasangan dari Sarawak, Elvis Priestly dan Soh Tze Kang setelah mengumpul 303.84 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya