Cukuplah 1,500 perlawanan, Federer bersara

Cukuplah 1,500 perlawanan, Federer bersara

ROGER Federer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ikon tenis dunia, Roger Federer mengumumkan akan bersara sepenuhnya selepas kempen Piala Laver minggu depan.

Federer yang merupakan juara Grand Slam sebanyak 20 kali dijangka akan bergandingan dengan Rafael Nadal, Novak Djokovic dan Andy Murray buat julung kalinya mewakili pasukan Eropah di dalam Piala Laver di London pada 23 hingga 25 September depan.

“Seperti yang anda semua ketahui, sejak tiga tahun lalu, saya terpaksa menempuhi pelbagai cabaran membabitkan kecederaan dan pembedahan.

“Saya telah berusaha keras untuk kembali dalam keadaan sepenuhnya cergas, tetapi saya juga sedar kebatasan tubuh badan saya dan kemampuannya kini, dan ia menjadi petanda yang jelas buat saya.

“Saya kini sudah berusia 41 tahun, dan telah beraksi lebih daripada 1500 perlawanan sejak 24 tahun lalu.

“Tenis telah melayan saya dengan begitu baik, melebihi apa yang saya boleh impikan, dan kini saya sedar masanya kian hampir untuk mengakhiri kerjaya yang penuh kompetitif ini.

“Ini merupakan keputusan yang pahit yang saya terpaksa lakukan, kerana saya akan rindu terhadap semua jelajah yang saya pernah sertai, tetapi saya telah diberikan bakat yang istimewa untuk bermain tenis, dan telah melakukannya di tahap yang saya tidak pernah bayangkan, dan jauh lebih lama yang di sangka,” jelas Federer

Pemain kelahiran Switzerland itu tidak beraksi sejak mara ke peringkat suku akhir Terbuka Wimbledon tahun lalu, dan kemudian membuat pengumuman menjalani pembedahan di bahagian lutut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya