Ambil serius pencerobohan China di Laut China Selatan

Ahli Parlimen Papar ulang gesaan ambil serius pencerobohan China di Laut China Selatan

AHMAD HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Kerajaan Persekutuan diminta untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di perairan Laut China Selatan yang dijangka akan semakin menegang susulan kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan berkata, kunjungan itu dijangka akan memberi impak kepada ketegangan di Laut China Selatan.

Beliau berkata, kunjungan beberapa anggota Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan pada Disember tahun ini sekali gus dikhuatiri bakal meningkatkan lagi ketegangan tersebut.

“Kita dapat saksikan ‘People Liberation Army’ (PLA) telah mengadakan lima latihan ketenteraan bersenjata di perairan Laut China Selatan antara 27 hingga 31 Julai lalu, beberapa hari sebelum kunjungan Pelosi ke Asia.

“Susulan itu, Amerika Syarikat pula menghantar kapal perang USS Ronald Reagan ke Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad yang juga Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen Negara (PAC) berkata, perkembangan itu menimbulkan kekhuatiran kerana Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak bakal ‘tersepit’ sekiranya konflik antara dua negara dan sekutu mereka berterusan.

Malah, China juga dikhuatiri akan terus meningkatkan aktiviti di sekitar Laut China Selatan termasuk di kawasan milik Malaysia serta kawasan-kawasan yang masih dalam pertikaian.

“Kebimbangan ini semakin meningkat susulan laporan beberapa aktiviti China di Laut China Selatan sejak beberapa minggu lalu menunjukkan jet milik China sering melakukan pintasan terhadap pesawat lain,” katanya

Ahli Majis Tertinggi (AMT) Parti Warisan (Warisan) itu berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan serius kerana tindakan China dalam beberapa insiden pencerobohan di Laut China Selatan sebelum ini jelas tidak menghormati kedaulatan negara.

Justeru, komitmen berterusan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat diperlukan dalam situasi di Laut China Selatan.

“Kelewatan penghantaran enam unit kapal tempur pesisir (LCS) tidak boleh dijadikan alasan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil sikap tunggu dan lihat di Laut China Selatan.

“Pada masa sama, kerajaan juga harus memastikan hal ini tidak mencetuskan kegusaran buat pemegang taruh di Laut China Selatan seperti golongan nelayan dan pemain industri minyak dan gas negara.

“Justeru, Malaysia dan ATM harus ambil serius perkara ini termasuk memantau perkembangan yang berlaku di Taiwan kerana ia akan turut memberi impak kepada kepentingan negara di Laut China Selatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya