SEBENARNYA, hampir setiap minggu ketika Aisha Retno bertanding di pentas Big Stage musim keempat, kami banyak menjalin pertemuan secara tidak sengaja. Beberapa kali berkesempatan menemu bual, dapat disimpulkan penyanyi berbakat besar ini amat mudah menguntumkan senyuman, walaupun kali pertama bersua dan bertegur sapa. Jadi, apabila muncul dakwaan mengatakan dia sombong, hampir sahaja penulis tertawa kerana ia langsung tidak seiring dengan gambaran peribadi penyanyi ini secara realiti. “Betulkah ada yang dakwa…