'DNA' TMJ bentuk JDT, gaji Arif Aiman RM11,000

‘DNA’ TMJ bentuk JDT, gaji Arif Aiman RM11,000

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi hanya menikmati gaji sebanyak RM11,000 sebulan pada musim lalu.

Perkara itu didedahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ruangan Insta Story miliknya.

“Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? 11 ribu sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa? kerana macam mana saya jaga setiap pemain.

“Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100 peratus dalam latihan dan perlawanan,” tulis Tunku Ismail.

Beliau adalah individu yang merangka segala perancangan dalam menguruskan JDT dan menetapkan DNA buat skuad Harimau Selatan hingga menjadi kelab yang digeruni ketika ini.

Jelas Tunku Ismail berkata, semua keputusan kelab dibuat olehnya dan beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dalam JDT.

Daripada aspek menandatangani pemain, beliau dan jurulatih akan menilai setiap pemain mana yang harus ditandatangani berdasarkan pemain berkenaan boleh mengikuti falsafah atau gaya permainan yang ditetapkan kelab.

“Pengurusan, ini adalah benda paling mustahak dalam kelab bola sepak. Tenaga di bilik persalinan. Buatlah apa pun jika 30 pemain tak nak berlari atau bersungguh-sungguh, kita tidak akan dapat keputusan yang baik.

“Saya kenal setiap pemain dari akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain,” jelasnya.

Arif Aiman mempamerkan aksi cemerlang musim lalu dan menyaksikan dia dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selain turut memenangi anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Selain itu, Tunku Ismail menegaskan bahawa mana-mana individu yang ingin maju dalam menguruskan kelab bola sepak perlu memiliki dua perkara iaitu pengetahuan dan sikap kemanusiaan.

“Saya berhubung dengan jurulatih dan pihak pengurusan setiap hari. Jurulatih akan kongsi strategi dan pemilihan pemain. Saya pula akan minta macam mana saya nak pasukan main dan pemain mana saya rasa sesuai.

“Jurulatih akan buat persiapan dalam latihan mengikut permintaan saya atau apa saya inginkan. Alhamdulillah di JDT kita boleh lihat hasilnya.

“Pihak pengurusan atau jurulatih dapat arahan daripada saya dan jika apa-apa berlaku, baik atau pun buruk saya bertanggungjawab,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya