Sukan Komanwel bantu Malaysia takluk dunia

Sukan Komanwel bantu Malaysia takluk dunia

Aaron Chia- Wooi Yik berpelukkan dengan barisan kejurulatihan selepas muncul juara dunia 2022.-IHSAN BWF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun ada yang menganggap Sukan Komanwel adalah temasya kelas kedua hingga mengabaikan penyertaan ke temasya empat tahun itu, namun pandangan berbeza disuarakan Pengarah Kejurulatihan (Beregu) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

Tidak dinafikan kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara dunia turut dibantu dengan penyertaan mereka di Sukan Komanwel Ogos lalu.

Jelasnya, temasya di Birmingham, England itu membawa satu rahmat buat beregu No. 1 negara tersebut kerana membuka ruang kepada barisan kejurulatihan memperbaiki kelemahan mereka sebelum Kejuaraan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun itu bermula.

“Temasya empat tahun sekali itu turut disertai India dan England yang memiliki pemain-pemain yang hebat dalam sukan badminton.

“Jadi, penyertaan Aaron dan Wooi Yik di Birmingham telah banyak membantu mereka sebagai pertandingan pemanas badan. Saya tidak melihat temasya empat tahun sekali itu sebagai pertandingan kelas kedua,” katanya kepada media Malaysia di tanah air menerusi aplikasi Zoom di sini, semalam.

Dalam masa sama, Rexy mengakui turut memberi fokus dalam meningkatkan kekuatan mental pasangan beregu No.6 dunia berkenaan.

“Kalau memikirkan tahap mereka berada, kita tak bercakap mengenai skill ataupun teknik kerana tidak banyak yang perlu diubah namun lebih banyak terarah kepada bagaimana untuk kepercayaan dan keyakinan diri apabila berdepan pemain utama,” kata pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya