Sony akan naikkan harga PS5, kecuali di AS

Sony akan naikkan harga PS5, kecuali di AS

ps5
Sony akan menaikkan harga Playstation 5 (PS5) di kebanyakan negara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: PlayStation 5 (PS5) Sony bukan sahaja sukar dicari, mahal harga bakal menjadi lebih mahal apabila pengeluar konsol game popular itu berkata bahawa harganya akan dinaikkan di kebanyakan negara.

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengesyorkan menaikkan harga runcit konsol di Eropah, United Kingdom, Jepun, China, Australia, Mexico dan Kanada, kata pegawai tertinggi syarikat itu Jim Ryan.

Pengguna AS akan terhindar daripada kenaikan itu, kata Ryan, tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Kenaikan itu akan menyaksikan harga runcit PS5 Digital Edition di Eropah pada harga 449.99 euro naik daripada 399.99 euro.

Konsol yang sama akan dijual di UK pada harga 389.99 paun (AS$462), naik daripada 359.99 paun, dan di Jepun pada harga 49,478 yen (AS$363), naik daripada 43,978 yen.

Sony menyalahkan “kadar inflasi global yang tinggi serta arah aliran mata wang yang buruk” untuk alasan menaikkan harga.

“Berdasarkan keadaan ekonomi yang mencabar ini, SIE telah membuat keputusan sukar untuk menaikkan harga runcit disyorkan PlayStation 5 di pasaran terpilih,” kata Ryan dalam satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya