Skuad hoki negara julang Piala Asia 2022

Skuad hoki negara julang Piala Asia 2022

BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad negara meraikan kejayaan menjuarai Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok, kelmarin. - AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki lelaki negara mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok, Thailand.

Kejayaan itu hadir selepas berjaya menjinakkan Iran 3-2 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 4-4 dalam tempoh 60 minit aksi final di Stadium Tertutup Huamark sebentar tadi.

Lebih manis, skuad kendalian Muhammad Amin Rahim menamatkan dominasi Iran yang terdahulu muncul juara lapan edisi berturut-turut sejak 2008.


SHELLO (tiga dari kanan) antara watak penting memastikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok. – AHF

Ia juga adalah kemenangan pertama skuad kebangsaan ke atas Iran dalam enam pertembungan terakhir bagi saingan hoki dalam dewan sejak dimalukan 2-12 sewaktu edisi Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2014.

Empat gol Malaysia dalam aksi itu dijaringkan dua oleh Ashran Hamsani dan masing-masing satu daripada Shello Silverius serta Norhafizie Jamil Azomi.

Empat gol Iran pula dihasilkan oleh Mohsen Bohlouli, Amirmahdi Mirzakhani, Mohammad Karimi dan Hamid Nooranian.

Ketika penentuan penalti shoot-out, penjaga gol, Khairul Afendy Kamaruzaman berjaya menafikan percubaan Mahdi Shahrokhi sekali gus menjadi faktor utama kejayaan skuad negara memenangi perlawanan itu.

Dalam pada itu, skuad wanita pula meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 menerusi jaringan Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob.


IREN (kiri) meledak satu gol ketika menewaskan Kazakhstan 2-0 pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 hari ini. – AHF

Ia sekali gus memperbaiki pencapaian terdahulu yang menyaksikan skuad wanita menduduki tempat keempat sewaktu edisi 2019 di Chonburi, Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya