Letupan stor peluru di Crimea bukan serangan Ukraine - Utusan Malaysia

Letupan stor peluru di Crimea bukan serangan Ukraine

TANGKAP layar video menunjukkan pelancong lari menyelamatkan diri dari pantai Crimea selepas kepulan asap tebal kelihatan naik ke udara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia mendakwa kejadian letupan besar di sebuah pangkalan tentera udara di Semenanjung Crimea berpunca dari kemalangan di stor penyimpanan peluru dan bukannya disebabkan serangan Ukraine.   

Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan `beberapa peluru penerbangan meletup’ di pangkalan tentera berhampiran pusat peranginan tepi laut dalam kejadian tersebut.

Menurut kementerian, pihaknya sedang menyiasat untuk mengenal pasti punca letupan tersebut.

Bagaimanapun, kementerian bertegas, lapangan terbang itu tidak menjadi sasaran dalam serangan.

Rakaman video dimuat naik dalam media sosial menunjukkan pelancong bersama anak kecil mereka lari menyelamatkan diri dari pantai Crimea, ketika kepulan asap tebal naik ke udara selepas letupan itu.

Letupan menggegarkan lapangan terbang Saki ketika pencerobohan Russia ke atas Ukraine memasuki hari ke-167.

Russia mengambil alih Semenanjung Crimea pada 2014 dan menggunakan wilayah itu sebagai medan untuk melancarkan serangan ke atas Ukraine, namun ia jarang menjadi sasaran pasukan tentera Kyiv.

Dalam pada itu, menurut ketua wilayah, letupan tersebut mengakibatkan seorang orang awam terkorban.

Sebelum ini, pegawai kesihatan tempatan berkata, lima orang termasuk seorang kanak-kanak mengalami kecederaan.     

Sementara itu, penasihat kepada Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata, letupan itu mungkin berpunca daripada kecuaian Russia atau serangan partisan. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya