Kelantan United benam budak Universiti

Kelantan United benam budak Universiti

PEMAIN Kelantan United meraikan kemenangan selepas menumpaskan UiTM FC dalam aksi Liga Perdana, hari ini.- IHSAN Kelantan United
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kelantan United kembali ‘bergembira’ apabila melakar kemenangan bergaya menumpaskan budak ‘U’ atau UiTM FC 3-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi meraih kemenangan tuan rumah terlebih dahulu berjaya mencetak gol pertama pada minit ke-16 menerusi ayam tambatan mereka Njoku Jacob yang berjaya memanfaatkan hantaran cantik Mohamad Amirul Shafik Che Soh.

Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, budak U cuba dengan melancarkan serangan ke kubu Kelantan United namun serangan pelawat berjaya dipatahkan dengan mudah.

Tuan rumah selepas terus menggandakan serangan untuk menambah jaringan namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah menyaksikan jaringan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pelawat memperagakan aksi lebih garang apabila acap kali melakukan serangan ke atas kubu tuan rumah menyaksikan benteng pertahanan Kelantan United dipaksa bekerja keras.

Bagaimanapun, keghairahan budak U melakukan serangan membawa padah kepada apabila Muhammad Haziq Mohd. Subri dengan mudah menolak masuk bola lorongan Mohamad Amirul Shafik untuk gol kedua Kelantan United pada minit ke-50.

UiTM FC mempamerkan sikap enggan mengalah dan terus menggempur kem tuan rumah kubu tuan rumah, usaha pelawat akhirnya membuahkan hasil melalui jaringan pada minit ke-71 hasil rembatan Muhammad Izman Solehin Rohadi yang gagal ditepis sempurna oleh penjaga gawang Kelantan United, Mohamad Fikri Che Soh.

Jaringan gol tersebut bagai memberi suntikan semangat buat UiTM FC untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dari Kota Bharu sementara pasukan tuan rumah berusaha untuk menjarakkan kembali jurang gol.

Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin melengkapan kegembiraan Kelantan United pada penghujung masa kecederaan dengan mencetak jaringan ketiga sekaligus memastikan pasukannya ceria membawa pulang mata penuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya