Idris minta pihak terbabit segera siasat kes pengkid buat umrah

Idris minta pihak terbabit segera siasat kes pengkid buat umrah

TANGKAP layar daripada media sosial mengenai isu seorang pengkid berpakaian ihram menunaikan umrah di Mekah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah memohon pihak terbabit menyiasat kes tular seorang pengkid berihram di tanah suci.

Menerusi hantaran dalam akaun sosial rasminya, beliau antara lain sudah pun menghubungi Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat kesahihan status individu itu di Malaysia kelak.

“Saya juga menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya jika perkara ini benar, tindakan tegas akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan peserta itu,” tambahnya.

Semalam, seorang pengguna media sosial, Aliyameha berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan individu itu merakam dirinya tawaf depan Kaabah dalam Masjidil Haram di Mekah.

Dia bertindak memuat naik isu tersebut kerana kesal jemaah wanita itu menipu status jantina ketika berurusan untuk mengerjakan umrah dan berani mempermainkan hukum Allah sendiri.

Warganet itu dalam ciapan menerusi akaun Twitter mendakwa pengkid tersebut mengajaknya berkahwin selain ada bukti tangkap layar perbualan dan maklumat peribadi individu terlibat.

Pendedahan yang menggemparkan umat Islam itu seperti mengulangi kes Nur Sajat pergi ke tanah suci memakai telekung ketika berziarah di Madinah dan umrah di Mekah awal 2020 lalu.

Tindakan usahawan pondan itu atau nama lelakinya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah mencetuskan kemarahan namun dia kemudian melarikan diri ke Australia untuk elak ditahan.

Mengulas lanjut, Idris memaklumkan bahawa beliau mengambil berat isu tular yang didakwa melibatkan warga Malaysia itu kerana berpakaian ihram seumpama penampilan jemaah lelaki.

“Isu ini membabitkan hukum hakam agama dan tindakan tegas akan dikenakan,” tambahnya yang turut memuat naik keratan laporan sebuah portal berita tempatan mengenai isu tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan apakah tindakan susulan yang boleh diambil ke atas individu itu tetapi kelazimannya pelaku tersebut boleh disiasat mengikut perundangan tertentu.

Antaranya polis boleh membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana niat jahat memudaratkan atau mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

Penyiasatan kes itu juga boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan yang tidak wajar kemudahan jaringan atau perkhidmatan rangkaian.

Bahkan jika pelaku itu melakukan kesalahan penipuan jantina untuk tujuan menghina Islam di Wilayah Persekutuan, dia boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya