Dana kecil, pencapaian besar

Dana kecil, pencapaian besar

BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad negara meraikan kejayaan menjuarai Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok, kelmarin. - AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun kurang mendapat perhatian, selain tidak memiliki dana yang besar namun skuad hoki dalam dewan negara masih berjaya memberi impak besar di peringkat Asia.

Skuad hoki lelaki dalam dewan negara mencipta sejarah apabila muncul juara Asia, diharap kejayaan itu mampu membuka mata lebih banyak pihak untuk memandang sukan berkenaan.

Perkara itu diluahkan ketua jurulatih negara, Muhammad Amin Rahim bersyukur anak buahnya berjaya mencipta sejarah buat sukan hoki negara biarpun di dalam dewan.

Lebih manis mereka berjaya memadam dominasi pasukan No.3 dunia, Iran yang terdahulu muncul juara lapan edisi berturut-turut sejak 2008.

“Alhamdulillah saya bersyukur atas kejayaan mencipta sejarah baru sukan hoki di malaysia walaupun dalam sukan hoki dewan. Kesungguhan pemain bermain bermati-matian untuk mencapai matlamat pasukan harus dipuji. 

“Inilah hasil usaha keras mereka. Bukan mudah dalam masa lapan hari beraksi 7 perlawanan dan pemain telah berikan yang terbaik. 

“Ini adalah sejarah baru dan saya berharap sukan indoor Ini akan terus diberikan perhatian sebab kita ada potensi besar untuk beraksi di peringkat lebih tinggi (Piala Dunia),” katanya selepas berakhir perlawanan final itu.

Pada aksi final itu menyaksikan skuad negara mengikat Iran 4-4 dalam tempoh 60 minit masa permainan sebenar dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penalti shoot-out yang memihak kepada Malaysia 3-2 di Stadium Tertutup Huamark, kelmarin.

Sementara itu, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mengakui pujian harus diberikan kepada pasukan tersebut kerana dalam keadaan serba kekurangan mereka masih mampu melakar kejayaan.

“Berbanding pasukan lain seperti Iran dan Thailand mereka melakukan persiapan rapi dan memiliki bajet yang besar untuk sukan hoki dalam dewan.

“Skuad negara hanya berlatih kurang daripada sebulan dengan bajet yang kecil tetapi masih mampu melakukan kejutan. Saya harap dengan kejayaan ini, ia mampu membuka mata pihak kerajaan bagi memastikan kesinambungan sukan ini berterusan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya