Abd. Latif, anak, perunding hartanah dilepas, dibebaskan - Utusan Malaysia

Abd. Latif, anak, perunding hartanah dilepas, dibebaskan

ABDUL Latiff Bandi (tengah) bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim (dua dari kanan belakang ) dan perunding hartanah, Amir Sahriffuddin Abd Raub (dua dari kiri) bersama barisan peguamnya selepas , dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru disini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Exco Johor, Datuk Abd. Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lalu.

Hakim, Kamaruddin Kamsun mẹmbuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Abd. Latif, 55, Ahmad Fauzan Abd. Latif, 30, dan Amir Shariffuddin Abd. Raub, 49.

Abd Latif dan Amir Shariffuddin menghadapi 33 pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta sama.

Abd. Latif turut menghadapi 13 pertuduhan dan masing-masing empat  pertuduhan bagi Amir Shariffudfin serta Ahmad Fauzan Hatim di bawah Seksyen 32(8)(c) serta Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Kamarudin membuat keputusan itu setelah mendengar keterangan bersumpah daripada semua saksi, meneliti kesemua exhibit, memeriksa keterangan bertulis yang difailkan dan hujahan lisan pada akhir kes pembelaan.

“Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT pertama (Amir Shariffuddin), bayaran fee konsultasi yang OKT berhak menerima adalah sah di sisi undang-undang, menyangkal dakwaan pendakwaan wang diperolehi daripada aktiviti haram secara tidak sah.

“Oleh itu, OKT 2 (Abd. Latif) didapati tidak bersalah menggunakan kuasa untuk mendapat suapan. Maka, tidak ada mana-mana keadaan yang boleh diwujudkan pendakwaan wang diterima daripada hasil aktiviti haram.

“Kesimpulan secara ringkas, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh yang demikian, kesemua OKT dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan,” katanya. 

Mahkamah turut memerintahkan agar wang jaminan semua OKT dipulangkan semula.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Abd. Latif dan Ahmad Fauzan Hatim diwakili peguam bela, Datuk Salehuddin Saidin, Datuk Hasnal Rezua Merican, Siti Sarah Khalil, Zulaikha Aini Mohamed Khoir Johari, Rahim Alin dan Muzzamil Merican, manakala Amir Shariffuddin diwakili Khairulazwad Sariman.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berkata, pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut pada minggu ini.

Pada 14 Jun 2017, Abd. Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta dan masing-masing mengaku tidak bersalah.

Kamarudin pada 21 April 2019 melepas dan membebaskan ketiga-tiga mereka selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada 7 November 2021, Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin untuk membela diri selepas Hakim, Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam keputusannya itu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya