Maloney mahu berehat dulu - Utusan Malaysia

Maloney mahu berehat dulu

Momen skuad B-22 negara yang dibimbing Brad Maloney ketika layak bertanding di Piala Asia B-23 di Uzbekistan, tahun ini.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengharungi tiga kejohanan yang memenatkan, Brad Maloney memilih mahu berehat dahulu sebelum memikirkan perancangan seterusnya buat dirinya.

Ketika ditanya mengenai penamatan tugasnya sebagai pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara dia enggan mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.

“Seperti yang anda (wartawan) sedia maklum, buat masa ini saya mahu berehat dahulu dan belum fikir apa-apa perancangan. Tunggu dan lihat nanti,” jawabnya ringkas kepada Utusan Malaysia, semalam.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan melepaskan jurulatih dari Australia itu selepas mendapat persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Keputusan ini dicapai selepas Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, semalam.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, Maloney hadir ke mesyuarat tersebut bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014.

“Peluang ini telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan,” katanya.

Tambah Saifuddin, FAM turut mengucapkan selamat maju jaya buat Maloney dan menghargai sumbangan yang diberikan sepanjang lapan tahun bersama FAM, ia akan sentiasa dikenang.

Keputusan itu dibuat selepas kegagalan skuad kendaliannya dalam tiga kejohanan utama iaitu kalah pada kesemua perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Uzbekistan.

Skuad muda ini juga gagal menampilkan aksi cemerlang selepas hampa di Sukan SEA Hanoi tanpa sebarang pingat, selain aksi mengecewakan di Piala AFF Februari lalu apabila terkandas di peringkat Kumpulan B apabila tewas dua kali di tangan Laos dan ia kekalahan cukup memalukan.

Kejayaan tertinggi Maloney bersama pasukan negara adalah berjaya membawa skuad kebangsaan mara ke perlawanan akhir Piala AFF B-19 2019 namun tewas 1-0 kepada pasukan Australia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya