SPRM perkukuh strategi komunikasi pelihara keyakinan awam

SPRM perkukuh strategi komunikasi pelihara keyakinan awam

HISHAM Mohd Yusoff ketika program Cakna Ilmu Siri 11/2026: Strategi Komunikasi dan Pengurusan Krisis Media di Bilik Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Ibu Pejabat SPRM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan pengurusan komunikasi secara strategik serta pembuatan keputusan yang tepat ketika berdepan krisis media sebagai aspek penting dalam memastikan kredibiliti dan keyakinan awam terpelihara.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, setiap maklumat berkaitan SPRM yang disampaikan kepada umum perlu dikendalikan secara teliti kerana penyampaian tidak tepat boleh memberi implikasi terhadap persepsi masyarakat terhadap SPRM.

“Dalam pengurusan krisis media, setiap maklumat yang disampaikan boleh membawa pelbagai implikasi jika tidak dikendalikan dengan berkesan. 

“Justeru, kita perlu memastikan setiap tindakan komunikasi dibuat dengan teliti, berdasarkan fakta, naratif dan mengambil kira kesannya terhadap keyakinan serta persepsi masyarakat terhadap SPRM,” katanya pada Cakna Ilmu Siri 11/2026: Strategi Komunikasi dan Pengurusan Krisis Media di Bilik Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Dalam sesi tersebut, Hisyam turut berkongsi pengalaman mengendalikan situasi krisis media serta pendekatan yang boleh digunakan bagi menilai sesuatu isu sebelum menentukan tindakan komunikasi yang bersesuaian.

“Apa yang diharapkan setiap peserta kursus ini dapat memahami kehendak dan peranan BKS khususnya dalam menyalurkan maklumat yang diperlukan mengenai sesuatu perkara atau kes.

“Ini bagi memastikan BKS dapat membuat keputusan dan merangka naratif yang tepat dalam menyalurkan sesuatu maklumat dengan mengambil kira kesan apabila disampaikan kepada masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×