Malaysia jumpa Laos di final - Utusan Malaysia

Malaysia jumpa Laos di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laos berjaya mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam aksi separuh akhir Kejuaraan Bawah 19 (B-19) tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan mengulangi pertemuan menentang Malaysia dalam perebutan kejuaraan berkenaan.

Pada aksi peringkat kumpulan menyaksikan Laos melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas skuad muda negara.

Bagaimanapun, pentas akhir merupakan perlawanan berbeza dan tentu sekali kejutan mampu dihadirkan anak didik Hassan Sazali Waras. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN