Dollah Salleh jurulatih, Fandi Ahmad Penasihat Teknikal Sri Pahang

Dollah Salleh jurulatih interim, Fandi Ahmad Penasihat Teknikal Sri Pahang

FANDI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dollah Salleh dilantik ketua jurulatih interim Sri Pahang sehingga akhir musim ini, mengambil alih tugas Christophe Gamel yang tidak disambung perkhidmatannya atas persetujuan bersama.

Sri Pahang FC (SPFC) dalam kenyataannya hari ini turut mengumumkan pelantikan Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal.

Bekas pemain dan jurulatih dari seberang tambak itu akan bersama Dollah membentuk skuad lebih mantap selepas ini.

Fandi bukan nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang kerana beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.

“Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang,” kata kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN