CoopMart import ayam beku mulai September ini

CoopMart import ayam beku mulai September ini

NOH Omar menyapa anggota PPK Tanjong Karang yang hadir Mesyuarat Agung Tahunannya di Kuala Selangor hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi kedai koperasi atau CoopMart dijangka mengimport bekalan ayam beku dari luar negara bermula September ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pelaksanaan pengimportan dan pengedaran barangan keperluan asas itu bagi memastikan keperluan pengguna mencukupi.

Menurut beliau, perkara itu sudah dibawa dalam mesyuarat kementerian dan turut diumumkan pada sidang Parlimen, kelmarin.

“Kita kini dalam proses membawa ayam luar (import) untuk membantu menyelesaikan kenaikan harga ayam di pasaran.

“KUSKOP sudah mengenal pasti beberapa negara untuk pembekalan ayam beku import itu dan pembungkusan akan menggunakan logo CoopMart,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang, hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, langkah kementerian itu diharap  membantu kerajaan menampung keperluan pengguna dan mengurangkan masalah kekurangan bekalan ayam.

“Harga ayam beku import semestinya dijual berpatutan berbanding harga ayam segar. Pengguna mempunyai banyak pilihan dan harga yang ditawarkan CoopMart jauh lebih murah,” ujarnya.

Tambah beliau, barangan asas lain turut sudah dikenal pasti untuk dijual di koperasi berkenaan.

 “Selain ayam sejuk beku, harga lebih murah yang akan dijual murah dari pasaran iaitu gula, minyak masak, tepung dan beras,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN