Ayam percik bakar enak dengan kicap Mahsuri

Ayam percik bakar enak dengan kicap Mahsuri

ayam percik
Ayam percik bakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUNTU memikirkan resipi apa untuk dijadikan hidangan hari ini? Boleh cuba resipi ayam percik bakar yang disediakan bersama kicap Mahsuri.
Kicap keluaran Mahsuri Food Sdn. Bhd. istimewa kerana ia tiada pengawet tambahan. Kicap ini sesuai untuk penggemar makanan pedas kerana ia ada Kicap Manis Pedas dan Kicap Manis Ekstra Pedas yang sesuai untuk dimasak, perapan, dan pencicah. Selamat mencuba!

Resepi nasi ayam percik bakar:

Bahan-bahan
l 2 Paha ayam (whole thigh)
l 10 ulas bawang merah
l 5 ulas bawang putih
l 2 inci halia
l 1 sudu besar Mahsuri Kicap Manis Pedas
l 1 sudu besar Mahsuri Sos Berperisa Tiram
l 1 batang serai
l 1 sudu kecil serbuk kunyit

Kuah
l 2 cawan santan pekat
l 10 ulas bawang merah
l 2 sudu besar Mahsuri Sos 3 Rasa
l 2 sudu besar Mahsuri Kicap Manis Pedas
l 1 sudu teh serbuk kunyit
l 1 sudu teh serbuk cili
l 3 inci halia
l 1 batang serai
l 1 biji limau nipis

Nasi
l 2 cawan beras
l 2 ½ cawan air
l 4 ulas bawang merah
l 4 ulas bawang putih
l 1 inci halia
l 1 sudu besar Mahsuri Sos Berperisa Tiram
l 1 sudu teh Stok Ayam
Cara-cara menyediakan:
Kisar bahan- bahan untuk perapan ayam, masukkan kedua dua sos Mahsuri sehingga sebati. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bolehlah dipanggang atau di bakar.
Sementara ayam dibakar teruskan membuat kuah percik, kisar bawang merah, halia, air limau nipis serta serai bersama sedikit air. Masukkan ke dalam pot, masak bersama serbuk kunyit dan serbuk cili. Kemudian masukkan santan serta kedua dua sos Mahsuri.
Untuk nasinya, tumis bahan-bahan terlebih dahulu kemudian dicampur bersama air, stok ayam dan Mahsuri Sos Berperisa Tiram. Masak nasi seperti biasa. Hidangkan.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya