Sokongan pemain ke-12 sangat membantu Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Sokongan pemain ke-12 sangat membantu Harimau Malaya

Pan Gon memuji peminat bola sepak Malaysia dan Ultras Malaya atas sokongan padu yang membangkitkan semangat pemain-pemain.-Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Penyokong Malaysia dan Ultras Malaya berjaya mewujudkan satu pengalaman yang menakjubkan dan saya berharap semua dapat datang ke stadium untuk menyokong kami,” itulah reaksi Kim Pan Gon menjelang aksi menentang Bahrain, malam ini.

Tegas Pan-gon, kehadiran penyokong Malaysia dan Ultras Malaya mampu memberikan suntikan motivasi tambahan buat para pemain.

Pan-gon turut menjangkakan stadium yang penuh untuk memberikan satu suasana perlawanan yang menakjubkan dengan kesemua pemain berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi perlawanan yang dianggap sukar.

“Penyokong Malaysia dan Ultras Malaya berjaya mewujudkan satu pengalaman yang menakjubkan dan saya berharap semua dapat datang ke stadium untuk menyokong kami.

“Stadium yang penuh akan memberikan kami tonik tambahan untuk menentang Bahrain. Diharap semua warganegara akan menyokong kami,” ujarnya.

Peranan penyokong Malaysia dan Ultras Malaya yang dianggap pemain ke-12 begitu bermakna buat pemain sebagaimana ditonjolkan pada aksi yang membawa kemenangan 3-1 ketika menentang Turkmenistan, Rabu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN